Penilaian Malaysia di “Universal Periodic Review” 2013


Nota Awal Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (“NGI”) kepada Sesi Konsultansi Bersama Masyarakat Madani Mengenai Penilaian Kedua Malaysia di bawah Proses Universal Periodic Review, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 28 Disember 2012

1.  Ini adalah kali pertama pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (“NGI”) secara rasmi dijemput untuk menyertai proses konsultansi bagi penyediaan laporan kebangsaan Malaysia ke “Universal Periodic Review”, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sudah tentu di dalam waktu yang sangat terhad, pihak NGI belum dapat menyelidiki secara mendalam isu-isu yang telah dibangkitkan serta syor-syor yang timbul susulan proses UPR kali pertama Malaysia pada tahun 2009.

2.  Walaubagaimanapun, di kesempatan ini pihak NGI ingin mengemukakan beberapa saranan dan pandangan demi memastikan isu-isu hak asasi manusia secara umumnya, dan yang melibatkan hak-hak umat Islam khususnya di dalam proses UPR tersebut, diberikan pandangan seadilnya. Ini bagi memastikan syor-syor yang dikemukakan Malaysia sebagai negara anggota PBB dapat dipertimbangkan secara wajar dan mengikut perspektif yang betul berdasarkan Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

3.  Pihak NGI ingin merakamkan sokongan terhadap kenyataan Malaysia bersama Kumpulan Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), khasnya mengenai Universal Periodic Review (UPR) dan Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Kami menyokong suara para pemimpin dunia yang menginginkan Pertubuhan Bangsa Bersatu, khasnya Majlis Hak Asasi distruktur semula dan UPR ini perlu dijauhi daripada “politicization”, “selectivity” dan sikap “double-standard”.

4.  Pihak NGI berpandangan bahawa proses UPR ini bukanlah suatu semakan teknikal yang mendalam berhubung situasi hak asasi manusia sesebuah Negara. Berbeza dengan badan-badan triti yang spesifik, UPR hanya menyediakan gambaran umum tentang situasi hak asasi manusia sesebuah Negara, dan Negara-negara anggota harus menyedari bahawa semakan oleh Negara-negara anggota lain (peer review) tidak dapat menggantikan kepakaran dan keahlian para pakar di dalam menilai sesuatu isu yang ditimbulkan.

5.  Justeru, adalah lebih adil sekiranya kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara anggota OIC diberikan ruang untuk juga menyandarkan sebahagian daripada inisiatif penilaian dan respons terhadap syor-syor yang timbul semasa UPR pada Deklarasi-deklarasi berkaitan, khususnya Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Kaherah (The Cairo Declaration on Human Rights in Islam).

6.  Melihat pada syor-syor yang telah dikemukakan, pihak NGI berpandangan bahawa suatu nota respons yang berasingan perlulah dikemukakan kepada pihak kerajaan Malaysia dan/atau Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia OIC bagi memastikan isu-isu yang bersifat shari’ah-specific dan intra-faith dapat dirujukkan dan dibahaskan secara ilmiah dan mendalam di kalangan negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan Islam, dengan kehadiran pakar-pakar Shari’ah, perundangan dan sarjana Muslim.

7.  Syor-syor yang berkaitan dengan kritikan terhadap undang-undang Shari’ah misalnya, tidak wajar dibahaskan secara terbuka oleh mereka yang bukan ahli, apatah lagi oleh mereka yang sekadar mempunyai latarbelakang hak asasi manusia acuan sekular semata-mata. Hal ini demikian kerena mereka menidakkan peranan agama sebagai satu elemen yang komprehensif dan tidak terpisah apabila membincangkan tentang skop hak asasi manusia.

8.  Rujukan-rujukan mendalam juga perlu mengambilkira realiti sejarah, budaya dan keagamaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan pengisytiharan-pengisytiharan serantau, termasuklah Deklarasi Vienna dan Progtam Tindakan, Resolusi UNGA 60/251, Deklarasi Kaherah dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang mengiktiraf bahawa realiti budaya, agama dan sejarah serta kedaulatan sesebuah Negara perlulah diambilkira di dalam menerimapakai nilai-nilai dan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat.

9.  Sebagai contoh, rujukan perlu dibuat kepada pendirian Malaysia yang telah menyokong Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan Negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (“SOGI”) yang asing di dalam “bahasa” dan “penerimaan nilai-nilai sejagat” berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (“LGBT”).

10. Bantahan tersebut juga dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual sebagai nilai-nilai yang sepatutnya diterima semua Negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat. Hal sebegini sekiranya ditimbulkan di dalam isu-isu dan respons UPR, perlulah mengambilkira penyertaan Malaysia mengiktiraf pendirian Kumpulan Negara OIC tersebut, serta penegasan yang diulangi ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN di Kemboja pada bulan November 2012.

11. Rujukan terhadap Piagam dan Statut Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia OIC juga perlu dijadikan sandaran rujukan di dalam menyediakan respons terhadap isu-isu serta syor-syor yang dikemukakan kepada Malaysia, khususnya yang melibatkan hak-hak penganut beragama Islam, sebagai masyarakat majoriti di Negara ini. Hal ini juga bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama Negara yang telah dimaktubkan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

12. Sebagai contoh, isu yang melibatkan prinsip kebebasan beragama perlulah mengambilkira faktor perspektif dan konsep “kebebasan beragama” yang betul segi pandangan Islam, dan tidak semata-mata berdasarkan kebebasan mutlak untuk menukar agama seseorang individu Muslim. Disebabkan perkara ini bersifat kompleks dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan antara agama, maka adalah lebih baik sekiranya tafsiran yang tepat diserahkan kepada pakar-pakar perundangan Islam serta dirujuk pada prinsip-prinsip yang telah diakui di dalam Islam (recognized principles) serta tidak semestinya disemak melalui proses UPR, tetapi diserahkan kepada insitusi yang lebih relevan, seperti Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia OIC.

13. Perkara 8 “Statute of the OIC Independent Permanent Commission on Human Rights” jelas menyatakan “The Commission shall seek to advance human rights and serve the interests of the Islamic Ummah in this domain, consolidate respect for the Islamic cultures and noble values and promote inter-civilizational dialogue, consistent with the principles and objectives of the OIC Charter.” Selaku ahli anggota OIC yang aktif berperanan dan memimpin OIC, Malaysia perlulah secara bersungguh-sungguh menyandarkan proses penyediaan respons terhadap syor-syor UPR pada panduan yang terzahir di sekitar Statut tersebut.

Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

About these ads

8 responses

  1. Pingback: Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berpenggal Sejagat Malaysia 2013 « Azril Mohd Amin, Esq.

  2. Pingback: Tuntutan COMANGO bercanggah Islam, Perlembagaan Persekutuan | ISMAWeb

  3. Pingback: Tuntutan COMANGO mengandungi tuntutan berbahaya terhadap Islam | ISMAWeb

  4. Pingback: Lagi Maklumat Berhubung UPR dan COMANGO (Tulisan Sdr. Azril Mohd Amin) | Karim's Blog

  5. Pingback: Strenghtening the Muslim position at the Universal Periodic Review | Karim's Blog

  6. Pingback: Jangan tunduk tuntutan COMANGO | Karim's Blog

  7. Pingback: KJ : Menangani Konsep Kebebasan | Shafiqolbu

  8. Pingback: MENANGANI KONSEP KEBEBASAN : WEBLOG IPGK PENDIDIKAN ISLAM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 428 other followers

%d bloggers like this: