ärˈtikyələt

│Azril Mohd Amin's personal views

Kenyataan Media Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) – 3 November 2011

Kenyataan Media Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Berhubung Penganjuran Acara Menggalakkan Kegiatan Songsang FitrahSeksualiti Merdeka

DATO’ HJ. ZAINUL RIJAL ABU BAKAR – PRESIDEN, PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyertai rakan-rakan NGO Islam lain khususnya  PEMBELA  serta seluruh rakyat Malaysia dalam membantah dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya festival Seksualiti Merdeka dan siri program berkaitan LGBT yang telah dan akan dianjurkan oleh beberapa NGO, artis dan aktivis atas nama hak asasi manusia.

PPMM menegaskan bahawa penganjuran aktiviti sebegini dengan sengaja mengundang usaha untuk terus-menerus menongkah norma serta realiti kehidupan beragama dan berlandaskan susila ketimuran di kalangan seluruh masyarakat Malaysia. Selari dengan prinsip pertama “Kepercayaan Kepada Tuhan” dan “Kesopanan dan Kesusilaan” di dalam Rukunegara, sudah tentu kedegilan penganjur serta penyokong aktiviti ini merupakan penghinaan terhadap kepercayaan serta amalan beragama masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang semuanya dengan jelas menolak amalan songsang fitrah yang menjadi kepercayaan serta landas perjuangan kaum LGBT.

Keterlibatan Majlis Peguam Malaysia khususnya memberikan kesan  kerana membantu serta menggalakkan kemungkinan untuk perlakuan jenayah yang jelas dinyatakan di dalam Kanun Kesiksaan  dan kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah di bawah enakmen-enakmen negeri di Malaysia. Justeru, penglibatan Majlis Peguam di dalam penganjuran dan sokongan SEKSUALITI MERDEKA ini sangat dikesalkan. PPMM menggesa Majlis Peguam memohon maaf serta menarik balik penglibatan dan sokongannya terhadap aktiviti ini dengaan serta merta.

PPMM juga menerima banyak aduan dan pertanyaan dari kalangan peguam-peguam beragama Islam yang tidak bersetuju dengan tindakan Majlis Peguam tersebut.

Justeru, PPMM juga menggesa kepimpinan Majlis Peguam untuk meletak jawatan kerana gagal mendaulatkan undang-undang  dan sebaliknya mempromosi gaya hidup tidak bermoral dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Majlis Peguam dilihat sebagai memberi tiket percuma kepada seseorang melakukan perlakuan jenayah. Pendekatan apologetik terhadap perlakuan sumbang dan tidak bermoral golongan LGBT ini harus dihentikan serta-merta kerana ternyata ia telah meruntuhkan institusi kekeluargaan dan memporak-perandakan norma-norma  masyarakat bertamadun. Tidak semua hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu perlu diberikan ruang  untuk dilaksanakan. Deklarasi Yogjakarta yang mengiktiraf gayahidup songsang ini tidak harus dijadikan ikutan di Malaysia.

PPMM menegaskan kuasa yang diberikan kepada Bar Malaysia di dalam seksyen 42 Akta Profesion Guaman 1976 dan kepada Majlis Peguam di dalam seksyen 56 dan 57 Akta yang sama tidak boleh dilaksanakan dengan memprejudis atau memudaratkan agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

PPMM juga merafak sempah kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu agar menzahirkan keprihatinan baginda-baginda Tuanku menentang pengimportan gejala keji ini sebagai memelihara kedudukan agama Persekutuan serta agama-agama lain yang tidak membenarkan aktiviti tidak bermoral ini.

PPMM menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya badan-badan bukan kerajaan dari pelbagai agama, pemimpin-pemimpin politik serta agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk menyuarakan pendirian mereka dengan jelas untuk menentang SEKSUALITI MERDEKA – serta menggerakkan usaha memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak turut di dalam kegiatan keji dan dilarang agama yang cuba dipelopori gerakan LGBT melalui topeng-topeng hak asasi manusia seperti SEKSUALITI MERDEKA.

Golongan LGBT ini perlu didekati untuk diberikan pendidikan dan tarbiyah meninggalkan amalan terkutuk tersebut dan berbalik kepada ajaran agama masing-masing bukan diberi galakan atau pengiktirafan untuk terus melakukan aktiviti tidak bermoral itu.

3 November 2011

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 3, 2011 by and tagged , , , , , .

Hours & Info

+603-8861-7707
Lunch: 1pm - 2pm
Dinner: M-Th 5pm - 11pm

Top Clicks

  • None

Blog Stats

  • 135,214 hits
November 2011
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 610 other followers

Follow me on Twitter @azrilmohdamin

%d bloggers like this: