Fahaman liberalisme terang-terangan khianati Islam

Sumber berita dipetik dari Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 11 Mac – Parti politik tidak sepatutnya menjalin kerjasama dengan pendukung fahaman liberalisme yang secara terang-terangan mengkhianati agama Islam.

Aktivis Dewan Amal Islami (Damai), Naser Desa berkata, pihak-pihak yang memperjuangkan fahaman liberalisme mempunyai agenda yang sangat berbahaya iaitu untuk mengkucar-kacirkan masyarakat khususnya umat Islam.

Menurut beliau, kumpulan itu bukan sahaja menuntut hak untuk kebebasan beragama dan seks bebas malah mahukan fatwa dihapuskan kerana dikatakan mengganggu kebebasan berfikir. “Adalah sangat berbahaya kalau kita hanya setakat menjadi ‘pak turut’ tanpa mengetahui apakah agenda sebenar pendukung fahaman liberalisme ini.

“Malangnya, ada parti politik yang sanggup bersekongkol dengan pihak tersebut semata-mata terlalu ghairah ingin menguasai pemerintahan negara,” katanya pada Siri Wacana Islam Dan Isu Strategik Umat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Wacana bertemakan ‘Dari Islamism ke Pasca Islamisme, Liberalisme: Masa Depan umat Islam di Malaysia’ itu dianjurkan kelab Intelektual muda (IYC) UIAM dan Persatuan Hal Ehwal Wanita (Wafa) UIAM dengan kerjasama Institut Pengajian Islam dan Strategik (ISSI).

Selain Naser, tiga panel yang terlibat di dalam wacana berkenaan ialah Ketua Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr. Amran Muhammad; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad (gambar) dan pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM, Dr. Anis Malik Thoha. Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Azril Mohd. Amin pula bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Ismail Mina berkata, fahaman liberalism mengakibatkan segelintir pertubuhan yang terlibat dalam gerakan Islam di Negara ini mengalami perubahan dari segi istilah, nilai dan tasawur. Menurut beliau, umat islam tidak sewajarnya menerima pemikiran yang diketengahkan oleh gerakan Islam secara bulat-bulat tanpa menelitinya terlebih dahulu.

“Jangan anggap setiap perkara yang datang dari gerakan Islam adalah betul. Kita perlu melihat secara mendalam konsep Islam bagaimana yang ingin diketengahkan,” katanya.


Advertisements

2 thoughts on “Fahaman liberalisme terang-terangan khianati Islam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s