ärˈtikyələt

│Azril Mohd Amin's personal views

Kenyataan Media Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 20 November 2012 │ 6 Muharam 1434

PENEGASAN MALAYSIA MENOLAK HAK-HAK LGBT DI DALAM DEKLARASI HAK ASASI MANUSIA ASEAN DIALU-ALUKAN

Pada 19 November 2012, beberapa media perdana tempatan telah melaporkan tentang perisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang telah disepakati dan ditandatangani seluruh kepimpinan Negara-negara ASEAN. Sangat menarik khususnya apabila media turut melaporkan pendirian pucuk kepimpinan Malaysia yang menolak perkara mengenai hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di dalam Deklarasi tersebut.

Pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tersebut sangat jelas dan mencerminkan semangat dan inspirasi deklarasi itu sendiri. Prinsip utama yang mendasari usaha-usaha ASEAN untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia ialah keberanian menentukan acuan rantau ini diiktiraf dan dijadikan panduan di dalam mendepani instrumen-instrumen serta undang-undang hak asasi manusia, dengan mengambil kira realiti budaya tempatan, agama serta sejarah dan kedaulatan undang-undang yang membentuk ciri-ciri kepelbagaian Negara-negara anggota.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ingin mengalu-alukan penegasan sikap yang rasional tersebut, dan mengulangi kritikan serta penentangan kami terhadap sebarang usaha untuk memperjuangkan hak asasi manusia berdasarkan ketaasuban ideologi hak asasi manusia berteraskan acuan sekular semata-mata.

Khususnya di dalam konteks Malaysia, wujud semakin banyak pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia yang kononnya mendakwa memperjuangkan nilai-nilai universal, tetapi pada hakikatnya menjadi boneka bagi musuh-musuh yang anti-kehidupan beragama dan bertekad menghapuskan budaya serta nilai-nilai setempat dan menangani permasalahan berkaitan isu-isu hak asasi manusia.

Yang lebih merunsingkan ialah NGO-NGO yang menggunakan label Islam sebagai nama pertubuhan masing-masing, tetapi hidup dengan roh dan pemikiran liberal-sekular di dalam niat dan pendekatan mereka, serta segelintir NGO-NGO Islam yang cenderung serta menyokong insiaitif-inisiatif untuk mencapai hak asasi manusia dan kebebasan mutlak dan tanpa batasan tanpa memikirkan implikasi dan kesan terhadap aqidah dan kemaslahatan umat Islam secara keseluruhannya.

PPMM seterusnya menganjurkan pelbagai pihak, sama ada kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam yang memahami benturan isu LGBT ini terhadap kesejahteraan dan kelangsungan tamadun manusia, untuk meneruskan usaha strategik dan konsisten bagi menghalang ideologi dan budaya berteraskan LGBT ini dari terus menular di kalangan masyarakat Malaysia khususnya, dan masyarakat dunia amnya.

Saban tahun, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menjalankan sessi “Universal Periodic Review“, dan tahun 2013 merupakan giliran Malaysia dinilai berkenaan status dan komitmen Hak Asasi Manusia. Antara isu yang bakal ditimbulkan termasuklah komitmen Malaysia terhadap jaminan kebebasan beragama (freedom of religion) dan hak-hak LGBT. PPMM memberi peringatan bahawa wujud usaha berterusan dan terselindung di kalangan NGO-NGO anti-Islam dan anti-fitrah untuk melobi agar tekanan dikenakan terhadap Malaysia supaya tunduk dan patuh pada ideologi serta kesongsangan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang mutlak dan tanpa batas. Harapan jangka panjang NGO-NGO tersebut adalah agar Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat serta mewujudkan ruang legislatif serta suasana kondusif yang membenarkan perkahwinan sejenis yang kini semakin menular di kalangan masyarakat sekular Barat.

Sesungguhnya Malaysia perlu konsisten dalam pendiriannya yang telahpun dinyatakan bersama-sama dengan Kumpulan OIC bagi Hak Asasi Manusia melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 yang menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha berterusan untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanaan dengan keadaaan dan sifat fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikan oleh kerana Negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia. Amaran Qur’ani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth (a.s) yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telahpun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam Negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telahpun dipengaruhi Prinsip-prinsip Yogyakarta.

Dengan penegasan YAB Perdana Menteri yang sejajar dengan prinsip bahawa sebarang usaha ASEAN untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia mengikut acuan rantau ini perlu mengambil kira realiti dan ciri-ciri kepelbagaian di peringkat negara dan serantau, maka pendirian Malaysia semasa menjalani “Universal Periodic Review” kelak perlulah menyerlahkan sikap yang kukuh dan konsisten dalam berdepan serangan pemikiran liberal-sekular yang ingin memberikan kebebasan tanpa batas dalam kedua-dua isu kebebasan beragama dan LGBT. Hal ini bukan sahaja menyerlahkan kepimpinan Malaysia yang berwibawa di kalangan Negara-negara ASEAN dan OIC, tetapi memberikan panduan yang dapat dicontohi masyarakat dunia yang masih mempercayai peranan agama dan nilai-nilai baik di dalam membentuk kesejahteraan tamadun manusia.

20 NOVEMBER 2012 │ 6 MUHARAM 1434

AZRIL MOHD AMIN ialah Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

 

Advertisements

One comment on “Kenyataan Media Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 20 November 2012 │ 6 Muharam 1434

  1. Ng Cheong Keat
    November 21, 2012

    http://www.thecambodiaherald.com/cambodia/detail/1?page=11&token=ODYwNjEzMDgzNTIzODcwMGIyNTNiZGRkZWM4ODM0
    In the full text of declaration, there is NO clause specific for the LGBT. The local media reports is highly biased and inaccurate.

    In fact in clause “2. Every person is entitled to the rights and freedoms set forth herein, without distinction of any kind, such as race, gender, age, language, religion, political or other opinion, national or social origin, economic status, birth, disability or other status.” This clause includes the LGBT, everyone must be treated as equal including their sexual preference.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 20, 2012 by and tagged , , , , , , , , , , .

Hours & Info

+603-8861-7707
Lunch: 1pm - 2pm
Dinner: M-Th 5pm - 11pm

Top Clicks

  • None

Blog Stats

  • 135,214 hits
November 2012
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 610 other followers

Follow me on Twitter @azrilmohdamin

%d bloggers like this: