20 NGO Islam tolak LGBT

© Utusan Melayu (M) Bhd. Sumber asal berita di sini.

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan berhubung rujukan syor untuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang harus dipatuhi oleh setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh terdekat.

Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin berkata, tumpuan cadangan kepada laporan itu lebih menjurus kepada memelihara hak-hak umat Islam di negara ini supaya PBB dapat memberi pertimbangan wajar mengikut perspektif betul berdasarkan syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, antara syor yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan adalah menolak sebarang usaha menjadikan orientasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai nilai-nilai yang patut diterima oleh setiap negara anggota PBB. “Kami mempunyai beberapa saranan dan pandangan bagi memastikan isu-isu hak asasi manusia dan melibatkan hak-hak umat islam dipertimbangkan mengikut perspektif syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

“Paling penting isu-isu agama Islam perlu bebas daripada pandangan berat sebelah, selektif dan dipolitikkan,” katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Islam Agama Negara: Antara Tuntutan Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan sempena Seminar Mendaulatkan islam Sebagai Agama Negara di Pusat Islam di sini hari ini.

Cadangan lain ialah mengemukakan nota respons yang berasingan kepada kerajaan atau Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam bagi memastikan isu-isu spesifik syariah dan antara agama perlu dirujuk dan dibahas dalam kalangan Negara atau pertubuhan Islam dengan kehadiran tokoh dan sarjana Islam. Pihaknya juga akan mengemukakan cadangan agar kritikan terhadap undang-undang syariah tidak wajar dibahaskan secara terbuka oleh mereka yang bukan ahli dab berlatarbelakangkan hak asasi manusia beracuan sekular.

“Cadangan-cadangan yang akan dibawa kepada kerajaan ini akan diperhalusi pada 21 Januari ini dalam kalangan ahli persatuan sebelum dihantar kepada kerajaan,” ujarnya. Tarikh akhir Malaysia perlu mengemukakan laporan empat tahun sekali itu kepada PBB adalah pada 13 Mac ini.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s