Seruan PEMBELA Kepada Para Pengundi PRU 13

Siapa Kami?

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) adalah di antara gabungan utama pertubuhan-pertubuhan NGO yang berkongsi keperihatin dan kepekaan terhadap kedudukan Islam dan Umat Islam di Negara kita khasnya dan kesejahteraan Negara secara amnya.

PEMBELA yang dianggotai dan didokong oleh NGO-NGO utama Islam dan Umat Islam di Negara ini, telah sekian lama memantau dan menangani pelbagai isu dan persoalan yang melibatkan Islam dan Umat Islam seperti isu IFC, Azlina Jailani, dan Kalimah Allah. Ketika isu Azlina Jailani (Lina Joy) misalnya, PEMBELA telah berjaya menghantar mesej yang jelas dan tegas menentang Murtad dan Pemurtadan melalui perhimpunan raksaksa di Masjid Wilayah Persekutuan dan penghantaran memorandum yang ditandatangani oleh hampir sejuta pendokong.

Dalam berperanan, PEMBELA sentiasa mengutamakan kepentingan Islam, Umat Islam dan Negara dengan membuat penilaian dan mengambil sikap yang secara objektif, kritikal dan tanpa terikat dengan mana-mana parti atau kelompok. PEMBELA juga bergerak bersandarkan kajian, maklumat dan pengalaman yang luas dan komprehensif dalam medan gerakannya.

Melihatkan kemungkinan kesan akibat yang besar terhadap Islam, Umat Islam dan Negara dalam PRU 13 ini, PEMBELA terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan syornya kepada para pengundi.

Seruan dan Pandangan Kami.

Premis Asas

Mengundi dan memilih calon dan parti adalah suatu perbuatan yang besar maknanya dari perspektif agama terutama jika kesan pilihan yang dibuat akan menentukan dan mempengaruhi kedudukan Islam dan umat Islam di sesebuah Negara.

Merujuk kepada situasi dan realiti terkini, adalah amat kritikal para pengundi di Negara kita ini membuat pilihan yang sekurang-kurangnya akan mempertahankan kedudukan Islam dan Umat Islam serta tidak semakin menghakis kedudukan Islam dan umat Islam di Malaysia.

Pilihan ini hakikatnya juga adalah lebih baik untuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam dan Negara kita amnya kerana jika Umat Islam sebagai umat majoriti dan teras tergugat maka kesejahteraan Negara keseluruhannya juga akan terjejas. Ini adalah salah satu resepi kejayaan Malaysia selama ini dan harus dipertahankan oleh semua warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

Panduan Asas

Walaupun terdapat pelbagai isu dan persoalan yang timbul dan ditimbulkan dalam konteks PRU 13, Islam membekalkan kita dengan panduan yang jelas dalam mengutamakan isu yang lebih utama disisi Allah SWT. Adalah jelas bahawa persoalan Aqidah adalah lebih utama dan berat berbanding persoalan Syariat disisi Islam. Maka ancaman dan isu aqidah seperti menularnya fahaman liberalism, pluralisme, isu murtad dan pemurtadan, aliran sesat seperti Syiah perlu diutamakan berbanding dengan soal harga barang, hak asasi, bahkan rasuah, kronisme ataupun nepotisme. Kita penuh yakin bahawa jika kita gagal mempertahankan kemurnian aqidah dan pokok-pokok ajaran agama maka kita telah menempah kemurkaan Allah SWT yang lebih besar yang mungkin menjemput bala bencana dari pelbagai sudut kehidupan yang lain. Maka utamakanlah Aqidah berbanding Syariat, Hak Allah SWT berbanding Hak Asasi Manusia dan Akhirat berbanding Dunia.

Para pengundi perlu mengelakkan daripada memberi undi kepada calon-calon yang mempunyai sejarah bersikap keliru dan mengelirukan dalam isu-isu Islam dan Umat Islam. Terdapat sebahagian daripada calon-calon, termasuk yang beragama Islam yang bertanding dalam PRU 13 ini telah menunjukkan pendirian dan sikap berbaur fahaman pluralisme, liberalisme dan sering mengeluarkan kenyataan dan mengambil pendirian yang melemahkan kedudukan Islam dan Umat Islam di negara ini. Begitu juga terdapat calon-calon bukan Islam yang sentiasa menimbulkan kontroversi dan mempertikaikan kedudukan Islam dan Umat Islam walaupun diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan Negara.

Para pengundi perlu menolak gabungan parti yang lebih bermasalah dalam aspek ini. Para pengundi harus meneliti dengan jujur dan memilih dari kalangan gabungan-gabungan parti yang bertanding, gabungan parti yang kurang menampilkan tokoh-tokoh yang mendokong faham Pluralisme, Liberalisme dan Sekularisme. Berpandukan kaedah “Memilih Mudharat yang lebih kecil” serta kaedah “Mengelak Bahaya lebih perlu diutamakan berbanding mencari suatu kebaikan” maka calon daripada gabungan yang lebih bermasalah dalam aspek ini harus ditolak walaupun secara individu dia merupakan calon yang lebih baik daripada calon gabungan lawan. Pertimbangan utama dalam membuang undi adalah terhadap gabungan dan bukannya individu calon mahupun parti yang bertanding. Dalam realiti politik Negara kita, kepimpinan di tahap gabungan parti adalah lebih berpengaruh dan penting berbanding di tahap individu calon mahupun parti.

Para pengundi Islam khususnya perlu menghantar mesej yang tegas dan jelas kepada para pemimpin politik Muslim melalui undi mereka dalam PRU 13 ini, agar di masa hadapan, para pemimpin politik Muslim akan lebih bersikap tegas dan konsisten dalam isu-isu Islam dan Umat Islam di tanah air kita ini.

Seruan Kami

Buatlah pilihan dengan penuh insaf dan bertanggungjawab. Janganlah bersikap terlalu yakin tanpa melakukan Istikharah dan Syura yang sebaik mungkin. Hakikatnya undi kita bukanlah milik kita tetapi kurniaan Allah SWT kepada kita untuk digunakan pada jalan yang diredhaiNya. Sebagai hambaNya kita tidak boleh membiarkan apa-apa sentimen lain menghalang kita daripada mengutamakan apa yang diutamakan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa menaungi kita dengan naungan Rahmat dan Kasih dan PerlindunganNya.



Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s