Perkembangan terkini kes nama Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

Pada hari ini, 23.5.2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai YA Dato’ Seri Abu Samah Nordin, bersidang bersama YA Dato’ Balia Yusof Haji Wahi dan YA Dato’ Rohana Yusuf, di Istana Kehakiman, Putrajaya telah mengesahkan perintah persetujuan (consent order) terhadap permohonan perayu-perayu yang terdiri daripada enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia, (MACMA), yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu untuk menjadi pencelah (intervener) di dalam kes ini.

Mahkamah telah, di antara lain, memerintahkan bahawa: i) Rayuan perayu dibenarkan; ii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 diketepikan; iii) Perayu hendaklah disifatkan telah menjadi pihak kepada prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sebagai responden di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan dibenarkan untuk didengar sebagai penentang dan dalam hal ini perayu telahpun didengar sedemikian di hadapan Mahkamah Tinggi; dan iv) tiada perintah terhadap kos serta deposit dikembalikan.

Perintah persetujuan ini pada hakikatnya menjadikan enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri & MACMA tersebut sebagai pihak-pihak di dalam prosiding kes ini dan dibenarkan mengemukakan hujahan masing-masing di dalam rayuan utama terhadap permohonan semakan kehakiman (judicial review) kes tersebut. 

Sebelum ini, rayuan kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perintah Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama ‘Allah’ dalam majalah itu ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 30.05.2013. 

Advertisements

2 thoughts on “Perkembangan terkini kes nama Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

  1. Pingback: Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan « Azril Mohd Amin

  2. Pingback: Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan | Karim's Blog

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s