Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013

Malaysia semakin menghampiri sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada Majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO Hak Asasi Manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia di dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu  berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak 2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.

Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang mengganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana melalui sumber yang boleh dipercayai, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh. Kewujudan entiti-entiti ini juga menyalahi undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan secara sah.

Azril Mohd Amin ialah naib presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) ke sesi Semakan Berkala Sejagat di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland.

Advertisements

10 thoughts on “Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013

  1. Pingback: Lagi Maklumat Berhubung UPR dan COMANGO (Tulisan Sdr. Azril Mohd Amin) | Karim's Blog

  2. Pingback: Just How Credible is COMANGO? | Aeshah Adlina's Weblog

  3. Pingback: Jangan tunduk tuntutan COMANGO | Karim's Blog

  4. Pingback: COMANGO melanggar fitrah asasi manusia | Ramadhan Aldin

  5. Pingback: Comango melanggar fitrah manusia | ISMAWeb

  6. Pingback: Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014 « Azril Mohd Amin

  7. Pingback: Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014 | Karim's Blog

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s