Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013

Mereka yang mengikuti perkembangan proses Sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), pasti pernah membaca berita yang dilaporkan beberapa media Barat mengenai tindakan Israel menarik diri seketika dari proses UPR pada bulan Januari 2013 yang lalu. Israel telah mendakwa wujud sikap “double standard dan berat sebelah”, yang menyebabkan proses tersebut “dieksploitasi” kumpulan-kumpulan seperti Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan NGO-NGO tertentu untuk menekan dan mensasarkan rekod buruk hak asasi manusia (HAM) Israel, khususnya berkaitan penganiayaan dan penzaliman mereka terhadap masyarakat awam Palestin.

Namun yang lebih memeranjatkan ialah sikap pegawai PBB dan NGO bersekutu yang tidak dapat menyembunyikan rasa cemas mereka terhadap tindakan Israel tersebut. Menurut Anne Herzberg, penasihat undang-undang NGO Monitor sebuah NGO yang memantau proses UPR tersebut, ‘tindakan Israel menarik diri dari UPR menzahirkan realiti reformasi Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dan akan memaksa PBB melaksanakan reformasi sebenar yang telah lama tertangguh.”

UPR diwujudkan sebagai mekanisme semakan empat tahun sekali ke atas rekod HAM setiap negara anggota PBB. Mekanisme ini telah dimulakan pada tahun 2007 sebagai sebahagian daripada inisiatif “reformasi” HRC, untuk membetulkan pempolitikan anti-Israel dan sikap pilih kasih yang melanda rangka kerja HAM PBB. Walau bagaimanapun, pembaharuan yang dianggap gagal, dan resolusi terhadap Israel di UNHRC telah jauh mengatasi yang dikeluarkan terhadap negara-negara lain, dengan 5 dari 9 resolusi sesi khas mensasarkan salah laku HAM Israel. HRC mengekalkan Perkara Agenda 7, yang mengakibatkan Israel menjadi satu-satunya negara yang disasarkan pada setiap sesi. Di samping itu, seperti mekanisme HAM PBB yang lain, Israel mendakwa UPR sering menjadi medan pemerintahan diktator meraikan “kecemerlangan rekod hak asasi manusia” mereka sementara Israel dan negara demokrasi yang lain ditekan.

Menurut Herzberg, NGO termasuk Human Rights Watch dan Amnesty International, telah bekerja bersama-sama dengan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam untuk mengeksploitasi UNHRC untuk dikhususkan pada Israel. Herzberg melaporkan bahawa kumpulan-kumpulan lobi ini telah bekerjasama untuk mewujudkan empat misi ‘pencarian fakta yang berasingan’, termasuk Laporan Goldstone (Goldstone Report) 15 September 2009 yang masyhur dalam mendedahkan kekejaman Israel. NGO-NGO didakwa mengekalkan isu Israel di dalam agenda, manakala “rejim kejam” yang lain secara amnya diabaikan.

Menurut NGO Monitor, Israel menghentikan semua hubungan dengan UNHRC berikutan sesi 2012 Majlis pada bulan Mac, apabila HRC memulakan satu lagi misi pencarian fakta terhadap Israel usaha lobi sengit oleh beberapa NGO yang dibiayai oleh Eropah seperti Al Haq dan Badil. Kumpulan-kumpulan ini berharap inisiatif yang dilakukan akan meletakkan asas untuk kempen baru tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Malaysia seharusnya mengambil iktibar dari situasi sebegini. Semenjak kali pertama Malaysia menjalani proses UPR pada tahun 2009, terdapat usaha-usaha melobi oleh NGO-NGO HAM sekular untuk menuntut hak-hak yang tidak munasabah dan bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Negara, sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan-tuntutan tersebut termasuklah hak untuk kebebasan mutlak dalam beragama (termasuk hak untuk murtad), hak-hak LGBT dan kebebasan bersuara tanpa had.

Jika pengunduran Israel dari proses UPR tersebut telah memberikan kesan signifikan terhadap usaha reformasi PBB, maka Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat sepatutnya memaparkan sikap yang lebih matang, bertanggungjawab dan dapat diteladani di peringkat UNHRC apabila menjalani sesi UPR pada 24 Oktober 2013 kelak. Pada hakikatnya, komitmen Malaysia terhadap proses UPR ini terserlah apabila Malaysia telahpun mula mengorak langkah memastikan wujud pematuhan dan pertimbangan terhadap beberapa syor-syor yang dikemukakan semasa sesi pertama UPR. Walaubagaimanapun, untuk pusingan kedua tahun ini, Malaysia tidak boleh tunduk terhadap tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan melanggar kedudukan Islam sebagai agama Negara. Posisi Malaysia ini sebenarnya selari dengan Perisytiharan dan Pelan Tindakan Vienna 1993 yang memberikan penekanan terhadap realiti agama, budaya dan sejarah sesuatu Negara di dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan HAM. Begitu juga, apabila Malaysia menarik diri bersama-sama Negara-negara OIC dari Sesi Forum hak-hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identiti) PBB pada bulan Februari 2012, tindakan tersebut memberikan penegasan bahawa prinsip-prinsip HAM tidak boleh dilaksanakan secara mutlak tanpa mengambil kira realiti agama, budaya dan sejarah sesuatu Negara.

Secara konsisten Malaysia harus proaktif menawarkan contoh teladan yang baik kepada sesi UPR tersebut, khususnya mengenai interaksi positif Islam dan HAM yang berjalan di dalam Negara ini. Walaupun wujud beberapa masalah perlaksanaan, secara umumnya Malaysia telah berjaya menjadikan Islam sebagai formula penyelesaian terhadap beberapa isu HAM. Malah, sistem undang-undang sivil dan shari’ah yang berjalan seiring di Malaysia telah terbukti menyelesaikan beberapa konflik utama, walaupun wujud usaha memburuk-burukkan sistem tersebut oleh NGO-NGO HAM yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Islam memainkan peranan lebih dari sekadar agama rasmi di Negara ini. Seringkali yang dimomokkan adalah sistem pentadbiran undang-undang Islam di Negara ini adalah ketinggalan, tidak progresif dan menzalimi kaum wanita. Ternyata label stereotaip sebegini menyerlahkan kedangkalan serta kefahaman pemikiran para pelobi-pelobi daripada kalangan NGO-NGO sekular yang tidak selesa dengan kemampuan undang-undang Shari’ah menawarkan formula penyelesaian yang mesra fitrah manusia. Mereka lebih memilih untuk menerima tafsiran dan sumber berita media barat dari melihat sendiri realiti kejayaan perlaksanaan kedua-dua sistem yang berjalan seiring dan senantiasa diperbaiki melalui perancangan transformatif kerajaan pusat.

Pendekatan Malaysia perlulah lebih artikulatif dan bersandarkan kejelasan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara. Malah, sumpah Yang DiPertuan Agong di dalam Jadual Keempat (Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan) juga menegaskan bahawa usaha memelihara kesucian islam pada setiap masa ini terletak pada pundak tanggungjawab mereka yang memegang amanah kerajaan yang memerintah. Perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dinafikan golongan yang ghairah memperjuangkan ideologi HAM di mana-mana peringkat.

Seperti yang digambarkan melalui sikap Israel sendiri, platform UPR ini sebenarnya merupakan sesi yang berkesan untuk menangani isu pencabulan HAM manusia yang mempunyai asas keabsahan (legitimacy) seperti pembunuhan masyarakat awam Palestin dan pelbagai isu lain. Sesi tersebut sebaliknya tidak boleh dijadikan alat untuk memanipulasi dan mengagung-agungkan stereotaip golongan sekular Barat terhadap HAM masyarakat Islam. Apabila Malaysia berjaya menzahirkan contoh yang baik terhadap pematuhan prinsip-prinsip HAM yang munasabah serta tidak berkompromi di dalam hal-hal yang melibatkan kedaulatan aqidah dan shari’ah, maka platform UPR boleh mencontohi dan menjunjung tindakan Malaysia. Ini dilakukan dengan menunjukkan kepada dunia bahawa interaksi di antara HAM dan prinsip-prinsip keagamaan itu sebenarnya boleh wujud dengan syarat kedua-duanya mengiktiraf tuntutan-tuntutan HAM yang absah dan menghormati keluhuran pendirian beragama sesebuah Negara, khususnya yang jelas dan konsisten seperti Malaysia, yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuannya sebagai sumber undang-undang tertinggi Negara.

Azril Mohd Amin merupakan Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) merangkap Ketua Delegasi MuslimUPRo (Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat – UPR) ke Geneva, Switzerland.

Advertisements

26 thoughts on “Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013

  1. Pingback: Tolak Tuntutan COMANGO di UPR | Karim's Blog

  2. Pingback: Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO | Karim's Blog

  3. Pingback: MuslimUPRo bertemu NGO, diplomat | Karim's Blog

  4. Pingback: UPR Final Adoption: 20hb Mac – Hari Penentu | Karim's Blog

  5. Pingback: UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang | Karim's Blog

  6. Pingback: Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva | Karim's Blog

  7. Pingback: Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang | Karim's Blog

  8. Pingback: Kerajaan bertegas tolak tuntutan Comango | Karim's Blog

  9. Pingback: Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR? | Karim's Blog

  10. Pingback: Penolakan tuntutan Comango bukti komitmen Malaysia | Karim's Blog

  11. Pingback: Warkah Geneva: Berkat doa, kesatuan | Karim's Blog

  12. Pingback: Kenyataan Media MuslimUPRo – 23 Mac 2014: Comango Tidak Puas Hati | Karim's Blog

  13. Pingback: Comango sengaja cetus polemik | Karim's Blog

  14. Pingback: Kiriman “Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang” Capaian Paling Tinggi | Karim's Blog

  15. Pingback: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)? | Karim's Blog

  16. Pingback: Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia? | Karim's Blog

  17. Pingback: Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan | Karim's Blog

  18. Pingback: COMANGO … Penerusan Agenda Musuh | Karim's Blog

  19. Pingback: Ancaman Comango dijangka berterusan | Karim's Blog

  20. Pingback: COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ | Karim's Blog

  21. Pingback: COMANGO – Talibarut Asing? | Karim's Blog

  22. Pingback: UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini | Karim's Blog

  23. Pingback: Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights | Karim's Blog

  24. Pingback: Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013 | Karim's Blog

  25. Pingback: Beyond COMANGO’s demands | Karim's Blog

  26. Pingback: Perlaksanaan CRC – Apakah Suatu Kejayaan COMANGO? | Karim's Blog

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s