ärˈtikyələt

│Azril Mohd Amin's personal views

Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva

Kenyataan Media MuslimUPRo 20 Mac 2014 Geneva, Switzerland

MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara2 anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telahpun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014 yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab Malaysia menerima syor-syor yang munasabah dalam usaha memperbaiki keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini. Pendirian Malaysia dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad hari ini (20 Mac 2013). Sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan keserdehanaan, komitmen Malaysia terhadap usaha memperbaiki tahap dan keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.

Dari sejumlah 232 syor-syor tersebut, 113 syor-syor secara sepenuhnya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 ditolak.

Di antara syor-syor yg ditolak termasuklah fasal-fasal berikut di dalam deraf laporan 24 Oktober 2013 semasa sesi UPR: 146.2, 146.3, 146.4, 146.8, 146.10, 146.12, 146.13, 146.15, 146.16, 146.17, 146.18, 146.19, 146.21, 146.25, 146.28, 146.99, 146.100, 146.101, 146.102-104, 146.129, 146.41-43, 146.145-146, 146.152, 146.156-159, 146.166-168, 146.174, 146.77, 146.203, 146.209, 146.210, 146.211, 146.225.

Kebanyakan syor-syor yang ditolak adalah tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam laporan yang dihantar Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 kepada sesi pusingan kedua UPR 24 Oktober 2013 yang lalu.

Di antara isu-isu utama yang telah dikemukakan COMANGO yang melanggar batas Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang negara ialah gesaan memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah termasuklah aktiviti-aktiviti LGBT, gesaan menandatangani ICCPR, ICERD (mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak istimewa Bumiputera dan hak hak absah kaum lain). Artikel 18 ICCPR apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama, yang termasuk hak untuk meninggalkan agama atau murtad.

Selain itu, Malaysia juga menolak secara khusus gesaan untuk mengkaji semula sistem undang-undang syariah, dengan menegaskan tiada konflik berkenaan kecekapan Mahkamah Sivil dan Syariah atas dasar keutuhan dan kejelasan pembahagian bidangkuasa menurut Perkara 121(1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan (Syor 146.50).

MuslimUPRo bakal menganjurkan persidangan nasional perundingan pakar bersama ilmuwan Islam dan syariah dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) untuk memperhalusi Dokumen Penerimaan Muktamad Malaysia bagi meneliti penerimaan yang telah dibuat dan merangka tindakan susulan syor-syor yang diperakui, serta mempersiapkan gagasan kearah pusingan ketiga UPR tahun 2017 kelak.

Semasa di Geneva, MuslimUPRo telahpun mengadakan beberapa siri pertemuan termasuk dengan seorang ahli parlimen Britain dan pelbagai NGO berpengkalan di Geneva. Tujuan pertemuan MuslimUPRo dengan pihak-pihak berkenaan adalah konsisten dengan usaha menerangkan kedudukan Islam di Malaysia serta realiti sebenar keadaan dan pencapaian Hak Asasi Manusia di negara ini.

Usaha dijalankan MuslimUPRo susulan penerimaan muktamad ini adalah untuk memperkukuh jaringan dengan NGO Hak Asasi Manusia di Eropah serta merangka pelan bagi mengisi penubuhan Pusat Kecemerlangan Ilmu Hak Asasi Manusia yang telah diumumkan penubuhannya semasa Seminar HAM pada 12 Mac lalu. Pusat ini bukan sahaja akan menjalankan penyelidikan mendalam isu isu Islam dan HAM, tetapi juga melatih aktivis-aktivis Hak Asasi Manusia dari kalangan ahli gabungan MuslimUPRo dan mengadakan advokasi isu Islam dan Hak Asasi Manusia.

Rujukan laporan penerimaan syor-syor Malaysia boleh diperolehi di capaian ini.

20 Mac 2014

Azril Mohd Amin

Ketua Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam ke Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland (MuslimUPRo)

Advertisements

2 comments on “Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva

  1. Pingback: Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva | Karim's Blog

  2. Ghazali Yaid
    March 23, 2014

    Reblogged this on Mencari Cinta Allah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 21, 2014 by and tagged , , , , .

Hours & Info

+603-8861-7707
Lunch: 1pm - 2pm
Dinner: M-Th 5pm - 11pm

Top Clicks

  • None

Blog Stats

  • 135,214 hits
March 2014
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 610 other followers

Follow me on Twitter @azrilmohdamin

%d bloggers like this: