Rohingya: Victims of False Borders

There was a time in recent history that the USA became a haven of hope for many downtrodden minorities of European kingdoms. When these immigrants sacrificed and struggled to arrive in the USA, they adopted the “melting pot” approach to culture. It did not matter where you came from, because “all men are created equal”. Even today, American domestic laws forbid the collecting of racial information in employment or other personal documents. Continue reading

Advertisements

8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya

Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15] mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat mengenai kepentingan kewujudannya. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Continue reading

Keruntuhan gerakan hak asasi manusia sekular

Ketika menutup Kongres NGO Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 28 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah buat sekian kalinya menegaskan sikap konsisten kerajaan Malaysia dalam mendepani ancaman fahaman hak asasi manusia yang melampaui batas keagamaan. Menurut Muhyiddin, “Paling ketara adalah wacana mengenai hak asasi manusia yang membawa nilai-nilai pemikiran sekular-liberal Barat yang berbeza dengan konsep hak asasi manusia di dalam Islam”. Beliau juga menegaskan bahawa wacana itu telah mempromosi beberapa kepercayaan mengenai hak asasi manusia yang terpesong daripada landasan agama, termasuk kepercayaan terhadap hak individu tanpa batas yang bertentangan dengan nilai dan prinsip akidah Islam dan menyemarakkan tuntutan-tuntutan batil songsang yang mahukan kebebasan mengamalkan gaya hidup LGBT. Continue reading