Kenyataan Media CENTHRA 23 September 2014

MAJLIS PELANTIKAN FELO DAN DISKUSI PEMBENTUKAN MODUL PROGRAM HAK ASASI MANUSIA DALAM KONTEKS ISLAM DAN MALAYSIA

ANJURAN

PUSAT PENYELIDIKAN DAN ADVOKASI HAK ASASI MANUSIA (CENTHRA)

23 SEPTEMBER 2014 BERSAMAAN 28 ZULKAEDAH 1435

Sebagai inisiatif memperkasakan sumbangan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (“NGO Islam” ataupun “NGI”) terhadap pemahaman kerangka dan isu Hak Asasi Manusia menurut perspektif Islam dan Malaysia, serta langkah strategik memperbaiki keadaan dan pencapaian Hak Asasi Manusia (“HAM”) yang lebih adil dan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan syariat Islam, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centre for Human Righs Research & Advocacy) atau ringkasnya CENTHRA pada hari ini dengan berbesar hati mengumumkan pelantikan para felo utama dan felo kanannya.

Majlis ini dilangsungkan serentak dengan pelancaran diskusi pembentukan kandungan modul Hak Asasi Manusia menurut perspektif Islam dan Malaysia, yang menjadi intipati teras kegiatan CENTHRA, sebagai salah satu entiti penyelidikan dan advokasi berorientasikan Islam di Malaysia.

CENTHRA merupakan kesinambungan permuafakatan NGO Islam yang telah melakukan usaha melobi serta mempertahankan kedudukan Islam melalui penolakan tuntutan-tuntutan HAM tidak munasabah bertopengkan COMANGO, iaitu gerakan 54 NGO HAM yang memanipulasi sistem HAM Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui proses Semakan Berkala Sejagat (“UPR”) pada tahun lalu. Sebagai strategi jangka panjang dan dengan niat untuk menzahirkan impak yang lebih bermakna terhadap pendirian Malaysia di dalam isu-isu HAM sejagat, CENTHRA ditubuhkan sebagai entiti non-partisan dan tidak berorientasikan keuntungan. Pelantikan para felo yang terdiri daripada sarjana dan pengamal undang-undang dan media pada hari ini merupakan langkah memperkemaskan langkah CENTHRA untuk meneruskan impak NGI dalam aspek ini. Para felo Utama terdiri daripada Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dato’ Hj. Mahamad Naser Disa (Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Murni Aqidah), Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita & Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz (Felo Utama, Institut Kefahaman Islam Malaysia), Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia), Dr. Heru Susetyo (Pensyarah Kanan, Fakultas Hukum, Universiti Indonesia dan merupakan advokat and aktivis di Pusat Advokas Hak Asasi Manusia (PAHAM) Indonesia, Tn. Hj. Haniff Kathri Abdalla (Peguam Kanan), dan Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Adil (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, International Institute of Advance Islamic Studies, Malaysia).

Manakala para felo kanan pula terdiri daripada Prof. Mayda Dr. Zarina @ Zairina Othman (Ketua Program Strategik dan Perhubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Madya Dr. Mohd Affandi Salleh (Timbalan Dekan, Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin), Dr Mastura Badzis (Timbalan Dekan, Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Dr Haslina Ibrahim (Head, Student Learning Enhancement Unit, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Dr Mohd Mahyudi Mohd Yusop (Penolong Professor, Kulliyyah Economics and Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Dr Anidah Robani (Pensyarah Kanan, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka), Dr Syahida Abdullah (Researcher, International Shariah Research Academy for Islamic Finance), Dr Zakirah Othman (Pensyarah Kanan, Sekolah Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia), Dr Maisarah Hasbullah (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Universiti Malaya), Dr Mohd Zufri Mamat (Pensyarah Kanan, Fakult Sains, Universiti Malaya), Dr Nur Nadhatun Md Shariff (Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UITM), Dr Zety Syarizat Hamidi (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Gunaan, UITM), Dr Aznan Zuhid Saidin (Timbalan Dekan, Kulliyyah of Information and Communication Technology, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Tn Aidil Khalid (Peguam Kanan), Tn Hj Abdullah Abdul Hamid (Pengarah Urusan, Karyawan Bistari Sdn Bhd), Cik Wan Roslili Abdul Majid (Felo, Pusat Kajian Syariah,Undang-Undang & Politik, Institut Kemahiran Islam Malaysia), Pn Hafida Mohamed Nordin (Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Kolej Uiversiti Islam Antarabangsa Selangor) dan En Mohd Lotpi Mohd Yosob (Ketua, Pusat Pengajian Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin).

Diskusi pembentukan modul HAM pula disasarkan untuk membina naratif atau kerangka HAM yang sesuai dengan ajaran Islam dalam konteks Malaysia. Usaha ini diterjemahkan melalui 3 bentuk, iaitu sesi 1) Diskusi Pendidikan HAM, yang meliputi pembinaan kurikulum HAM yang boleh digunapakai oleh pelbagai peringkat masyarakat, Sesi 2) Diskusi Penerbitan HAM yang meliputi perbincangan penyelidikan kearah penerbitan HAM dalam bentuk jurnal dan buku ilmiah serta penulisan popular dan sesi 3) Diskusi Polisi HAM iaitu peranan langsung CENTHRA dalam proses penggubalan polisi Pelan Tindakan HAM Kebangsaan (National Human Rights Action Plan) yang dijalankan Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Pihak CENTHRA ingin merakamkan ucapan penghargaan di atas persetujuan para felo menerima pelantikan mereka, serta tahniah di atas sumbangan masing-masing di dalam pelbagai bidang demi memperkasakan inisiatif NGI ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan Ilahi dan menjadi salah satu mata rantai sumbangan NGI terhadap usaha memurnikan semula kefahaman dan tindakan HAM Malaysia beracuankan Syariat dan Perlembagaan Persekutuan.

CENTHRA BERHAD

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s