ärˈtikyələt

│Azril Mohd Amin's personal views

Kenyataan Media CENTHRA 12 November 2014

PENDIRIAN BERHUBUNG KEPUTUSAN PENGHAKIMAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN (SEKSYEN 66)

Hujah-hujah penghakiman ringkas yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Hishamudin Yunus pada 7 November lalu pada memutuskan bahawa Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah memeranjatkan banyak pihak sama ada di kalangan ahli-ahli agama, para pengamal undang-undang termasuk juga pemimpin masyarakat Islam tanahair. Keseluruhan hujah-hujah penghakiman Dato’ Mohd Hishamudin Yunus telah disandarkan pada tafsiran terpilih dan terhad beliau terhadap Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan – Kebebasan Asasi – meliputi Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 8 (Kesamarataan), Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara 10 (Kebebasan Bercakap).

Adalah menjadi sesuatu yang menggusarkan apabila penghakiman tersebut tidak mengambil kira sekurang-kurangnya tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah-hujah penghakiman, sehingga dibimbangi akan menjadi titik-tolak pada penerimaan amalan-amalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara kita dan bertentangan pula dengan ajaran-ajaran agama Islam. Pertama, rujukan langsung tidak dibuat kepada Bahagian Pertama Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memperincikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang menjadi rujukan utama dalam penghakiman yang melibatkan hal-hal mengenai Islam dan orang Islam.

Kedua, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kuasa yang dimiliki oleh Negeri-Negeri Persekutuan pada Jadual Kesembilan Senarai II Perlembagaan Persekutuan dalam membuat undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang yang berhubungan dengan pentadbiran dan perlaksanaan Agama Islam di Negeri-Negeri tersebut.

Ketiga, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kedudukan dan kebebasan Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan Syariah yang terletak di bawah kuasa Negeri-Negeri. Adalah tidak wajar perkara-perkara besar ini, yang menjadi asas pembinaan dan amalan undang-undang di Malaysia, untuk diabaikan dalam hujah-hujah penghakiman tersebut.

Dalam konteks dunia pascamoden hari ini, hujah-hujah penghakiman yang berdasarkan faham hak-hak asasi manusia liberal Barat khususnya dalam penyebarluasan ekspresi gender songsang yang sememangnya menjadi sebahagian penting dalam norma-norma masyarakat Barat ketika ini dalam konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia sangatlah dikesalkan. Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi peranan agama dalam kehidupan khususnya Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan bagi Negara Malaysia, sebarang bentuk kebenaran atau penggalakkan fenomena ekspresi gender songsang hanya akan mengundang gejala akhlak yang lebih buruk kepada masyarakat. Hak asasi manusia seperti yang dilaungkan di Barat bukanlah semesti hak asasi yang patut diikuti di negara-negara yang masih mengamalkan agama seperti Malaysia ini.

Penelitian terhadap alasan penghakiman Mahkamah Rayuan menunjukkan bahawa duluan-duluan yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah asing, antaranya Mahkamah Agung India dalam National Legal Services Authority v Union of India and Others dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam Tinker v Des Moines Independent Community School District, telah diambil dan diguna pakai, hampir secara in-toto, bagi memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan hak asasi. Sedangkan negara-negara seperti India dan Amerika tidaklah mempunyai Agama Persekutuan seperti di Malaysia. Hal ini jelas bertentangan dengan peringatan keras yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah (ketika itu Raja Azlan Shah) dalam penghakimannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 1975. Dalam Looh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia, baginda telah memutuskan seperti berikut:

Sungguhpun banyak yang boleh diperkatakan berkenaan Perlembagaan-Perlembagaan dari negara lain, tetapi hakikatnya Perlembagaan negara kita hendaklah berdiri pada kakinya sendiri, di mana ungkapan-ungkapan yang terkandung di dalamnya mesti ditafsirkan tanpa membenarkan unsur-unsur luar dari Perlembagaan negara lain mengatasi peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan kita sendiri.” (terjemahan dari teks asal berbahasa Inggeris)

Justeru para hakim juga tidak terkecuali dari amanah dan tanggungjawab untuk memastikan gejala-gejala buruk ini menular ke dalam negara ini melalui keputusan penghakiman yang bukan sahaja tidak menepati norma-norma masyarakat setempat malah mengabaikan ruh dan semangat yang terkandung dalam Perkara-Perkara penting Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.

Kita menghormati badan kehakiman sebagai institusi yang berautoriti bagi memutuskan sesuatu pertikaian undang-undang dan Perlembagaan. Maka dengan itu kita berharap dan menggesa agar keputusan Mahkamah Rayuan ini akan segara dirayu ke Mahkamah Persekutuan, supaya dapat dipertimbangkan dan dinilai semula akan segala percanggahan-percanggahan dan kekhilafan-kekhilafan yang mungkin terkandung dalam Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut.

AZRIL MOHD AMIN ialah Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 12, 2014 by and tagged , , , , .

Hours & Info

+603-8861-7707
Lunch: 1pm - 2pm
Dinner: M-Th 5pm - 11pm

Top Clicks

  • None

Blog Stats

  • 135,214 hits
November 2014
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 610 other followers

Follow me on Twitter @azrilmohdamin

%d bloggers like this: