ärˈtikyələt

│Azril Mohd Amin's personal views

Memperingati Peristiwa Nakba

Saban tahun pada tarikh 15 Mei, rakyat Palestin dan masyarakat dunia memperingati peristiwa “Nakba”. Nakba merupakan istilah Arab yang bermaksud “malapetaka” yang merujuk kepada peristiwa pengusiran seramai 750,000 rakyat Palestin dari rumah mereka pada tahun 1948, iaitu tahun negara haram Israel ditubuhkan, dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan mereka oleh tentera Yahudi. Manakala berjuta-juta pelarian Palestin dipaksa hidup dalam buangan di luar negara Yahudi. Dianggarkan juga bahawa 1 dalam setiap 4 rakyat Palestin adalah pelarian domestik. Semua pelarian Palestin, tanpa mengira tempat tinggal, dihalang oleh pihak Israel dari melaksanakan “hak untuk pulang”, haqq al-‘awda (“the right of return”) ke tanahair mereka, yang merupakan hak yang termaktub di dalam Artikel 13, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dan diperakui melalui Artikel 11 Resolusi 194 yang diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 11 Disember 1948.

Selama hampir tujuh dekad, negara Yahudi secara kerasnya menafikan peristiwa Nakba dan berusaha menyembunyikan jenayah pembersihan etnik itu. Melalui manipulasi media dan helah diplomatik, sudah sekian lama regim zionis berjaya meyakinkan sebahagian besar dunia bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap tragedi Nakba tersebut. Gambaran yang diberikan ialah rakyat Palestin telah meninggalkan kampung dan daerah mereka atas kehendak mereka sendiri di bawah arahan ketua-ketua Arab mereka.

Walaubagaimanapun, akhirnya, hujah yang merosakkan tersebut telah pun sampai ke penghujungnya.

Kini, setelah beberapa siri penyelidikan dijalankan tentang peristiwa Nakba ini dan kesan akibatnya, termasuklah penemuan dari hasil karya beberapa sejarawan Yahudi yang terkemuka, masyarakat dunia mengetahui dengan pasti bahawa para pemimpin Israel, tentera dan organisasi pengganas telah dengan sengaja merancang dan melaksanakan Nakba tersebut. Apa yang tidak dapat dijayakan oleh gerakan kolonial Zionis, yang lahir di Eropah pada penghujung abad ke-19, melalui penghijrahan secara rela dan melalui helah diplomatik oleh kumpulan penduduk Yahudi yang terbesar dan berkuasa di Palestin, mereka jayakan di sebalik tabir peperangan dengan cara mengusir atau menakutkan kebanyakan warga Arab tempatan sehingga mereka terpaksa meninggalkan tanahair sendiri.

Di seluruh dunia, dan khususnya di Israel pada hari ini, bantahan dan acara tahunan berkenaan tragedi Nakba kian berkembang, berpengaruh dan kreatif. Pada 2013, lebih daripada 20,000 rakyat Palestin menyertai “Perarakan Untuk Pulang” ke kampung Lubya yang telah dimusnahkan, berdekatan dengan kota Tiberias. Peristiwa tersebut merupakan bantahan rakyat Palestin yang terbesar seumpamanya di dalam sejarah Israel. Kempen tersebut juga disemarakkan dengan pendekatan kreatif NGO seperti Zochrot, sebuah organisasi Israel yang dianggotai dan dikendalikan secara bersama oleh masyarakat Yahudi dan Palestin. Selain dari demonstrasi membantah kekejaman Israel, mereka memperkenalkan ikhtiar kreatif dan memanfaatkan media sosial seperti aplikasi telefon bergelar “iNakba,” yang memetakan beratus-ratus perkampungan Arab yang musnah di seluruh Israel. Wartawan veteran, Jonathan Cook, pemenang Hadiah Kewartawanan Istimewa Martha Gellhorn yang berpangkalan di Israel memperakui keberkesanan kempen tersebut apabila menyatakan, “iNakba dengan nyatanya mengembalikan negara Palestin yang ingin dihapuskan terus oleh Israel dari peta dunia.”

Zochrot turut menganjurkan lawatan ke beberapa perkampungan Palestin yang telah dimusnahkan, yang menurut Cook, “kerap kali lawatan tersebut dilakukan sambil berdepan dengan bantahan keras daripada masyarakat yang dibina di atas runtuhan rumah-rumah orang Palestin.” Organisasi ini juga menghasilkan bahan-bahan pembelajaran dalam bahasa Ibrani mengenai peristiwa Nakba untuk kegunaan guru-guru Israel, tetapi telah diharamkan secara rasmi oleh kerajaan.

Zochrot telah memungkinkan pesta filem Nakba yang pertama diadakan di Tel Aviv pada 2013, dan di kala ini sedang mewujudkan arkib rakaman temu bual bersama beberapa veteran peperangan Israel yang bersetuju berkongsi peranan mereka semasa Nakba demi merakamkannya di lembaran sejarah. Persidangan pertama di Israel yang khususnya bertumpu pada prinsip dan kesan pelaksanaan “hak untuk pulang” pelarian Palestin telah diadakan pada tahun 2013, juga di bawah naungan Zochrot.

Pergerakan ini dan kesannya sememangnya masih lagi kecil tetapi didukung khususnya oleh generasi muda Palestin yang enggan menerima penghinaan dan penyisihan yang telah menghancurkan kehidupan dan semangat ibubapa dan datuk nenek mereka dahulu.

Gerakan menuntut “hak untuk pulang” ini sedang dizahirkan melalui pelbagai pendekatan. Menurut Cook, “Para arkitek sedang merekabentuk pelan bagi beberapa komuniti [Palestin] baharu yang akan menempatkan para pelarian di atas ataupun berhampiran tanah lama mereka. Keluarga pelarian sedang cuba mengambil semula masjid dan gereja, yang biasanya merupakan antara bangunan yang masih berdiri. Beberapa bengkel perbincangan telah diatur dalam kalangan kumpulan pelarian untuk membayangkan apakah bentuk sebenar “hak untuk pulang” itu. Para belia dari dua perkampungan Kristian, iaitu Iqrit dan Biram, sudahpun mendirikan khemah di tapak gereja lama mereka, dan mencabar pihak Israel menghalau mereka seperti yang pernah dilakukan terhadap datuk nenek mereka.”

Apabila rakyat Palestin, dengan sokongan di kalangan masyarakat Yahudi yang simpati tentang isu kemanusiaan bangkit menyemarakkan kesedaran mengenai Nakba, mereka bukan sahaja mencabar pendirian Israel yang dominan pada tahun 1948 ataupun sekadar membetulkan kesilapan catatan sejarah. Realitinya, bersama-sama dengan para aktivis yang lain, mereka gigih menyemai benih pergerakan hak asasi kaum Palestin yang berpotensi mengubah Israel, melalui tindakan tanpa kekerasan dan tindakan politik secara besar-besaran, daripada sebuah entiti haram “negara Yahudi-Zionis” kepada sebuah penempatan untuk semua individu dengan hak masing-masing yang dikembalikan. Antara lainnya, ini bermakna memaksa kaum Yahudi Israel berdepan dengan kebenaran sejarah penjajahan melalui pendudukan mereka dan juga tragedi Nakba. Tindakan seumpama ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan, khususnya oleh negara-negara dan NGO-NGO tertentu yang bersikap pilih kasih dan ‘double-standard’ apabila isu kemanusiaan Palestin ditimbulkan.

Bagi rakyat Palestin, Peperangan Tahun 1948 tidak pernah tamat. Mereka tinggal di bawah pemerintahan tentera di Gaza dan di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, serta tidak mempunyai hak dan sentiasa diusir secara rakus oleh pendatang dan tentera Yahudi, sebagaimana yang telah berlaku terhadap keluarga mereka 67 tahun dahulu. Manakala rakyat Palestin di Israel dipinggirkan dengan kejam dan rasmi dalam pelbagai bidang sosial, termasuklah pekerjaan, pendidikan, perumahan, pemilikan tanah, akses kepada penjagaan kesihatan dan imigresen. Sejak tahun 1948, kebanyakan tanah mereka telah dirampas melalui pelbagai cara demi manfaat rakyat dan masyarakat Yahudi. Mereka juga dianiayai oleh pertubuhan-pertubuhan berhaluan kanan, golongan rasis dan pendakyah yang percaya bahawa mereka tidak harus berkongsi negara haram Israel tersebut dengan sesiapa pun yang bukan orang Yahudi.

Pada hakikatnya, Peristiwa Nakba ini telah menjadi sumber akar umbi sistem penindasan dan peminggiran Yahudi Israel, dan akan terus kekal di dalam ingatan rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa sebagai bukti kekejaman Israel dan melambangkan sikap hipokrit sesetengah negara dan NGO yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia.

AZRIL MOHD AMIN merupakan seorang peguam dan ketua eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 15, 2015 by and tagged , , , , , , .

Hours & Info

+603-8861-7707
Lunch: 1pm - 2pm
Dinner: M-Th 5pm - 11pm

Blog Stats

  • 135,249 hits
May 2015
F S S M T W T
« Apr   Jun »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 610 other followers

Follow me on Twitter @azrilmohdamin

%d bloggers like this: