Keruntuhan gerakan hak asasi manusia sekular

Ketika menutup Kongres NGO Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 28 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah buat sekian kalinya menegaskan sikap konsisten kerajaan Malaysia dalam mendepani ancaman fahaman hak asasi manusia yang melampaui batas keagamaan. Menurut Muhyiddin, “Paling ketara adalah wacana mengenai hak asasi manusia yang membawa nilai-nilai pemikiran sekular-liberal Barat yang berbeza dengan konsep hak asasi manusia di dalam Islam”. Beliau juga menegaskan bahawa wacana itu telah mempromosi beberapa kepercayaan mengenai hak asasi manusia yang terpesong daripada landasan agama, termasuk kepercayaan terhadap hak individu tanpa batas yang bertentangan dengan nilai dan prinsip akidah Islam dan menyemarakkan tuntutan-tuntutan batil songsang yang mahukan kebebasan mengamalkan gaya hidup LGBT. Continue reading