Menolak tuntutan-tuntutan batil Hak Asasi Manusia

Kita perlu berwaspada dan menyaring dengan teliti prinsip-prinsip yang terkandung di dalam ideologi Hak Asasi Manusia (HAM). Ideologi dan gerakan HAM semasa yang secara relatifnya agak baru di dalam sejarah manusia dilatari oleh pengalaman sekular tamadun Barat yang bersandarkan pemisahan agama dan pemerintahan. Negara-negara Barat juga mengalami trauma yang dahsyat selepas Perang Dunia Kedua yang berakhir pada 1945. Akibat dari kegagalan mengawal nafsu mereka membunuh nyawa orang-orang awam di dalam perang tersebut, serta akibat sifat bongkak dan takabbur mereka mengadakan perlumbaan merebut kuasa dan mendominasi dunia, maka mereka berselindung di sebalik perisytiharan-perisytiharan HAM tertentu bagi memaksakan manifestasi nilai buruk tamadun mereka ke atas masyarakat dunia. Continue reading

Advertisements

Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013

Malaysia semakin menghampiri sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada Majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO Hak Asasi Manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia di dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah: Continue reading