Kembalinya gerakan LGBT

Diterbitkan di sini. © Utusan Melayu (M) Bhd.

PADA 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan “Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan Orientasi Seksual dan Identiti Gender” yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di  Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam “bahasa” dan “penerimaan nilai-nilai sejagat” berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual.

Continue reading

Advertisements

Prinsip-prinsip Yogyakarta: Agenda Bahaya Berselindung Di sebalik Topeng Hak Asasi Manusia

Pada 7 haribulan Mac 2012 baru-baru ini, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel berkenaan “Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan Orientasi Seksual dan Identiti Gender” yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Panel tersebut telahpun mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan Negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender yang asing di dalam “bahasa” dan “penerimaan nilai-nilai sejagat” berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (ringkasnya “LGBT“) sebagai nilai-nilai yang sepatutnya diterima semua Negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat. Continue reading