Ahli Parlimen Muslim diminta dedahkan kandungan taklimat UPR oleh COMANGO

Pada 11 Julai 2013 lalu, suatu sesi taklimat bagi ahli-ahli parlimen telah diadakan oleh Gabungan NGO Malaysia bagi Proses UPR (COMANGO) di bangunan Parlimen. Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Chua Tian Chang, ahli parlimen Batu, dan dihadiri beberapa wakil NGO Hak Asasi Manusia (HAM), di antaranya Honey Tan (COMANGO report), Angela Kukathas (SOGI report – Sexual Orientation and Gender Identity), Masjaliza Hamzah (CIJ report – Centre of Independent Journalism) Daniel Lo (MWG report by CAMSA, Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia) dan Andrew Khoo (Majlis Peguam Malaysia). Continue reading