Mengadili Jenayah Antarabangsa

Mengadili Jenayah Antarabangsa

[ED]: Telah diterbitkan hari ini di ruangan rencana, UM.

KETIKA rencana ini ditulis, Palestin telah memfailkan dossier ke Mahkamah Je­nayah Antarabangsa (ICC)­ pada 25 Jun lalu, sebagai asas penyiasatan a­wal pendakwaraya ICC, Fatou Bensouda bagi mengheret Isra­el ke muka pengadilan atas serang­an terhadap orang awam Palestin pa­da 2014. Continue reading

Memperingati Peristiwa Nakba

Memperingati Peristiwa Nakba

Saban tahun pada tarikh 15 Mei, rakyat Palestin dan masyarakat dunia memperingati peristiwa “Nakba”. Nakba merupakan istilah Arab yang bermaksud “malapetaka” yang merujuk kepada peristiwa pengusiran seramai 750,000 rakyat Palestin dari rumah mereka pada tahun 1948, iaitu tahun negara haram Israel ditubuhkan, dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan mereka oleh tentera Yahudi. Manakala berjuta-juta pelarian Palestin dipaksa hidup dalam buangan di luar negara Yahudi. Dianggarkan juga bahawa 1 dalam setiap 4 rakyat Palestin adalah pelarian domestik. Semua pelarian Palestin, tanpa mengira tempat tinggal, dihalang oleh pihak Israel dari melaksanakan “hak untuk pulang”, haqq al-‘awda (“the right of return”) ke tanahair mereka, yang merupakan hak yang termaktub di dalam Artikel 13, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dan diperakui melalui Artikel 11 Resolusi 194 yang diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 11 Disember 1948.

Continue reading

Memperingati Tragedi Sabra & Shatila

Diterbitkan di ruangan rencana, Utusan Malaysia.

16 SEPTEMBER 2014 merupakan ulang tahun ke-32 peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut, Lebanon. Sekurang-kurangnya 3,000 orang awam, kebanyakannya pelarian wanita, warga tua dan kanak-kanak Palestin, terkorban dalam tragedi pembunuhan yang berlangsung selama tiga hari, dilakukan anggota militia sayap kanan Parti Phalangist Lebanon yang bersekutu dengan Israel. Continue reading

Gaza: What is in Front of Us to Do?

Dear Family & Friends,

I believe that many of us have been emotionally disturbed over the atrocious acts of violence being committed by Israeli forces against innocent civilians, particularly children, in Gaza, Palestine. More than that, personally I have been disturbed by the apathetic response from the majority of the Muslim countries, not to mention OIC’s deafening silence and IPHRC‘s inaction. It makes me feel very lonely, which has only added to my feelings of powerlessness.

Continue reading