Toleransi, Kebebasan Bersuara di Barat Tidak Adil

Telah disiarkan di ruangan rencana, Berita Harian.

Baru-baru ini isu kebebasan bersuara di Malaysia kembali menjadi hangat apabila seorang peguam hak asasi manusia yang juga pengasas bersama Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengeluarkan ungkapan “tweet” yang menuduh JAKIM mempromosi ekstremisme di dalam khutbah Jumaat di seluruh negara. Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan terhadap tindakan beliau tersebut. Sama ada tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil ataupun tidak terhadap Eric, secara moralnya beliau telah mengguris perasaan umat Islam di Malaysia dan mengakibatkan prasangka buruk orang bukan Islam terhadap masyarakat Islam. Perbuatan beliau tidak dapat diterima sesiapapun yang berfikiran waras dan cintakan keharmonian beragama di sesebuah negara. Continue reading

Cadangan Memperkasa Akta Hasutan 1948

Seperti yang dilaporkan media pada 22 Julai 2014, bekas ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed telah menggesa agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini. Beliau berkata, pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus. Kata Tun Abdul Hamid: “Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.” Tun Abdul Hamid menegaskan bahawa usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada. Continue reading