Culture-bound Human Rights

Anthropologists have long known that some forms of knowledge will inevitably be bound or limited by the culture in which they work. The use of the word “Allah” by non-Muslims in Malaysia is one such issue. One culture-bound reason is that about forty percent of the Malaysian populace are non-Muslims. Therefore, Muslims are under constant pressure from the normal criticisms of non-Muslims to Muslim practice and belief.

Continue reading

CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR

Selepas sesi penerimaan muktamad berkaitan proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) bagi Malaysia di sesi ke 25 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva 20 Mac baru-baru ini, isu-isu yang melingkari tuntutan-tuntutan batil Hak Asasi Manusia terhadap Malaysia terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Terkini, beberapa kenyataan kontroversi daripada NGO-NGO bersekutu COMANGO melalui acara sampingan (side event) yang dianjurkan di Geneva pada 21 Mac menjadi bukti betapa puak-puak yang berkepentingan dan tidak menghormati kedaulatan Negara akan terus berusaha untuk mengganggu-gugat kemurnian Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Negara. Continue reading

Campurtangan isu kalimah Allah cemar kedaulatan negara

Pada 25 November 2013, salah sebuah media utama Barat, Reuters, telah melaporkan pandangan yang dikemukakan Heiner Bielefeldt, Jurulapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kebebasan Beragama, yang menggesa agar kerajaan Malaysia mengubah keputusannya melarang penggunaan nama Allah bagi menterjemahkan maksud Tuhan di kalangan penganut agama Kristian. Menurut beliau, hal-hal berkaitan beragama tidak sewajarnya dikawal kerajaan sesebuah Negara. Di dalam kenyataan beliau, disebutkan “…It cannot be the business of the State to shape or reshape religious traditions, nor can the State claim any binding authority in the interpretation of religious sources or in the definition of the tenets of faith.” Continue reading