CENTHRA berlandaskan acuan Islam

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia, (Centre for Human Rights Research and Advocacy) atau ringkasnya CENTHRA yang telah mula berfungsi semenjak 1 Mei lalu adalah bukti permuafakatan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) dan selesainya giliran Malaysia membuat penerimaan akhir di pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada bulan Mac 2014. Idea penubuhan CENTHRA diasaskan pada keperluan mendesak untuk menyediakan rangka pemikiran dan strategi jangka panjang kefahaman dan tindakan memperbaiki keadaan hak asasi manusia di Malaysia yang menurut perspektif serta pandangan alam Islam. CENTHRA yang didaftarkan sebagai sebuah entiti tidak berorientasikan keuntungan, berfungsi sebagai medium penyelidikan dan advokasi yang terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu hak asasi manusia di peringkat nasional, serantau dan khususnya di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva. Continue reading