Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013

Mereka yang mengikuti perkembangan proses Sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), pasti pernah membaca berita yang dilaporkan beberapa media Barat mengenai tindakan Israel menarik diri seketika dari proses UPR pada bulan Januari 2013 yang lalu. Israel telah mendakwa wujud sikap “double standard dan berat sebelah”, yang menyebabkan proses tersebut “dieksploitasi” kumpulan-kumpulan seperti Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan NGO-NGO tertentu untuk menekan dan mensasarkan rekod buruk hak asasi manusia (HAM) Israel, khususnya berkaitan penganiayaan dan penzaliman mereka terhadap masyarakat awam Palestin. Continue reading