Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013

Mereka yang mengikuti perkembangan proses Sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), pasti pernah membaca berita yang dilaporkan beberapa media Barat mengenai tindakan Israel menarik diri seketika dari proses UPR pada bulan Januari 2013 yang lalu. Israel telah mendakwa wujud sikap “double standard dan berat sebelah”, yang menyebabkan proses tersebut “dieksploitasi” kumpulan-kumpulan seperti Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan NGO-NGO tertentu untuk menekan dan mensasarkan rekod buruk hak asasi manusia (HAM) Israel, khususnya berkaitan penganiayaan dan penzaliman mereka terhadap masyarakat awam Palestin. Continue reading

Advertisements

Kenyataan Media Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 20 November 2012 │ 6 Muharam 1434

PENEGASAN MALAYSIA MENOLAK HAK-HAK LGBT DI DALAM DEKLARASI HAK ASASI MANUSIA ASEAN DIALU-ALUKAN

Pada 19 November 2012, beberapa media perdana tempatan telah melaporkan tentang perisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang telah disepakati dan ditandatangani seluruh kepimpinan Negara-negara ASEAN. Sangat menarik khususnya apabila media turut melaporkan pendirian pucuk kepimpinan Malaysia yang menolak perkara mengenai hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di dalam Deklarasi tersebut. Continue reading