Penderitaan Rohingya: Perlunya tindakan lebih berkesan

Diterbitkan di sini.

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-21 yang diadakan di Pnom Penh pada 18-19 November 2012 telah mezahirkan keazaman politik baru rantau ini dengan termeterainya Perisytiharan Hak Asasi Manusia (HAM) ASEAN atau ASEAN Human Rights Declaration (AHRD) yang melakar sejarah kewujudan rantau yang strategik ini.

Continue reading

Hentikan segera pembersihan etnik Rohingya

Sumber terbaru media antarabangsa telah melaporkan pembunuhan tidak kurang 30 orang Rohingya beragama Islam. Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada 23 Januari, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos telah menuntut kerajaan Myanmar agar segera membenarkan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki kawasan-kawasan krisis dan menggesa penyiasatan bebas dibuat untuk mengetahui sebab pembunuhan tersebut. Manakala presiden Majlis Hak Asasi Manusia Navi Pillay pula telah menuntut penyiasatan segera dilakukan terhadap kejadian pembunuhan tersebut setelah menerima laporan yang berasas mengenai siri pembunuhan orang Islam di Du Chee Yar Tan, salah sebuah perkampungan di Rakhine yang menjadi lokasi terbesar pembunuhan beramai-rami orang Islam. Continue reading