Mengadili Jenayah Antarabangsa

Mengadili Jenayah Antarabangsa

[ED]: Telah diterbitkan hari ini di ruangan rencana, UM.

KETIKA rencana ini ditulis, Palestin telah memfailkan dossier ke Mahkamah Je­nayah Antarabangsa (ICC)­ pada 25 Jun lalu, sebagai asas penyiasatan a­wal pendakwaraya ICC, Fatou Bensouda bagi mengheret Isra­el ke muka pengadilan atas serang­an terhadap orang awam Palestin pa­da 2014. Continue reading

Memperingati Peristiwa Nakba

Memperingati Peristiwa Nakba

Saban tahun pada tarikh 15 Mei, rakyat Palestin dan masyarakat dunia memperingati peristiwa “Nakba”. Nakba merupakan istilah Arab yang bermaksud “malapetaka” yang merujuk kepada peristiwa pengusiran seramai 750,000 rakyat Palestin dari rumah mereka pada tahun 1948, iaitu tahun negara haram Israel ditubuhkan, dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan mereka oleh tentera Yahudi. Manakala berjuta-juta pelarian Palestin dipaksa hidup dalam buangan di luar negara Yahudi. Dianggarkan juga bahawa 1 dalam setiap 4 rakyat Palestin adalah pelarian domestik. Semua pelarian Palestin, tanpa mengira tempat tinggal, dihalang oleh pihak Israel dari melaksanakan “hak untuk pulang”, haqq al-‘awda (“the right of return”) ke tanahair mereka, yang merupakan hak yang termaktub di dalam Artikel 13, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dan diperakui melalui Artikel 11 Resolusi 194 yang diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 11 Disember 1948.

Continue reading

Malaysia aset strategik kepemimpinan OIC

Malaysia aset strategik kepemimpinan OIC

Rencana ini ditulis bersempena kunjungan rasmi Tan Sri Dr. Iyad Ameen Madani, Setiausaha Agung OIC ke Malaysia, 14-17 April 2015. Diterbitkan di ruangan rencana, Utusan Malaysia hari ini.

Salah satu cabaran terbesar yang telah digariskan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang baru, Tan Sri Dr. Iyad Ameen Madani yang perlu ditangani pertubuhan tersebut ialah memperkayakan perbahasan hak asasi manusia dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam. Hal ini ditegaskan secara khusus ketika beliau menghadiri sesi keempat Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) OIC di Jeddah pada 2 Februari 2014, genap kira-kira setahun selepas beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai pemegang jawatan tertinggi pertubuhan tersebut. Tan Sri Dr. Iyad menyebutkan secara khususnya isu-isu had-had kebebasan bersuara, kesamarataan gender, perlaksanaan hak asasi manusia yang bersesuaian dengan sistem peundangan dan perlembagaan negara anggota OIC, serta tindakan menyekat ektremisme sebagai antara keutamaan OIC dalam tahun-tahun mendatang. Hal-hal tersebut perlu diberikan penumpuan kerana sedang menjadi antara punca pertentangan utama perbahasan hak asasi manusia di peringkat sejagat ketika ini.

Continue reading

Tahun Memperkasa Hak Asasi

Rencana ini telah disiarkan di ruangan rencana UM.

DUA peristiwa penting telah berlaku di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjelang berlabuhnya tirai penutup tahun 2014. Pertama, Perhimpunan Agung PBB pada 29 Disember 2014 meluluskan resolusi menggesa Myanmar untuk memberikan ‘kewarganegaraan penuh’ kepada minoriti Rohingya Islam bertujuan membolehkan mereka bergerak bebas di seluruh negara tersebut. Continue reading

Pemerkasaan pendekatan IPHRC

Diterbitkan di sini.

Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) yang dianggotai 18 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah direalisasikan penubuhannya pada bulan Jun 2011 bagi mencari langkah pemerkasaan hak asasi manusia dari perspektif Islam. Malaysia, selain Turki dan Indonesia, merupakan anggota yang aktif dan menonjol telah turut menyumbang secara berkesan segi pendekatan yang berupaya meningkatkan taraf pencapaian hak asasi manusia di kalangan negara-negara anggota OIC. Continue reading