Israel langgar konvensyen antarabangsa PBB

Seorang sarjana terkemuka Eropah, Stephen Hopgood, telah menulis di dalam karya terbarunya, “The Endtimes of Human Rights” (2013) tentang kegagalan sistem hak asasi manusia sejagat dalam melindungi hak Negara-negara yang tertindas. Menurut pandangan Hopgood, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NGO-NGO hak asasi manusia bersifat sebagai kuasa imperialisme yang bertopengkan moralisme yang pada satu masa dulu bermula sebagai suatu perkara yang baik dan kini hanya menjadi suatu industri. Lebih besar sesebuah NGO itu, besar lagi kemungkinan bahawa ianya telah berjinak dengan modal, dan hanya wujud untuk mengumpul wang dan bukannya mengumpul wang untuk wujud. Continue reading

Advertisements

Ancaman fahaman ‘human rights-ism’

Di dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al Qur’an Kebangsaan pada 13 Mei lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan betapa pemikiran dan fahaman human right-ism kini menjadi ancaman atau serangan baru yang agresif terhadap umat Islam.

Continue reading

Misi pelobi LGBT cemari agenda PBB

Diterbitkan di sini.

MATLAMAT Pembangunan Milenium 2015 (MDG 2015) mengandungi lapan tujuan yang dipersetujui oleh 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk dicapai menjelang 2015. Pelan ini terhasil daripada matlamat pembangunan antarabangsa Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan secara rasminya diasaskan pada Kemuncak Milenium pada tahun 2000, disertai 189 pemimpin dunia yang mengguna pakai Perisytiharan Milenium PBB.

Continue reading

Hentikan segera pembersihan etnik Rohingya

Sumber terbaru media antarabangsa telah melaporkan pembunuhan tidak kurang 30 orang Rohingya beragama Islam. Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada 23 Januari, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos telah menuntut kerajaan Myanmar agar segera membenarkan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki kawasan-kawasan krisis dan menggesa penyiasatan bebas dibuat untuk mengetahui sebab pembunuhan tersebut. Manakala presiden Majlis Hak Asasi Manusia Navi Pillay pula telah menuntut penyiasatan segera dilakukan terhadap kejadian pembunuhan tersebut setelah menerima laporan yang berasas mengenai siri pembunuhan orang Islam di Du Chee Yar Tan, salah sebuah perkampungan di Rakhine yang menjadi lokasi terbesar pembunuhan beramai-rami orang Islam. Continue reading

Kenyataan Media MuslimUPRo 14 Januari 2014

Delegasi MuslimUPRo kini sedang berada di Geneva, Switzerland untuk meneruskan agenda melobi NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan misi perwakilan negara-negara anggota PBB menjelang penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor kepada Malaysia semasa sesi ke 17 Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang akan diadakan pada bulan Mac 2014. Continue reading