Kenyataan Media CENTHRA 12 November 2014

PENDIRIAN BERHUBUNG KEPUTUSAN PENGHAKIMAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN (SEKSYEN 66)

Hujah-hujah penghakiman ringkas yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Hishamudin Yunus pada 7 November lalu pada memutuskan bahawa Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah memeranjatkan banyak pihak sama ada di kalangan ahli-ahli agama, para pengamal undang-undang termasuk juga pemimpin masyarakat Islam tanahair. Keseluruhan hujah-hujah penghakiman Dato’ Mohd Hishamudin Yunus telah disandarkan pada tafsiran terpilih dan terhad beliau terhadap Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan – Kebebasan Asasi – meliputi Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 8 (Kesamarataan), Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara 10 (Kebebasan Bercakap). Continue reading

Penerusan misi MuslimUPRo di Geneva

Di kala rakyat Malaysia masih diselubungi kesedihan dan pelbagai tanda tanya disebabkan misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia semenjak 8 Mac lalu, beberapa perwakilan delegasi MuslimUPRo dengan berat hati telah meninggalkan bumi Malaysia untuk meneruskan perjuangan di Geneva apabila Negara menghampiri sesi penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor yang telah dikemukakan 104 negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu semasa pusingan kedua yang telah diadakan pada 24 Oktober 2013 lalu. Sebanyak 232 syor-syor telah dikemukakan terhadap Malaysia berkenaan rekod dan pencapaian hak asasi manusia Negara di sepanjang empat tahun yang lalu.

Continue reading

Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan

[Nota] Berikut adalah Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan berhubung isu penyalahgunaan nama “Allah” yang telah diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bersempena Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-231 yang telah diadakan pada 27 Februari 2013 untuk penelitian dan titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat terkini kes nama “Allah’ di peringkat Mahkamah Rayuan, sila baca di sini. Continue reading

20 NGO Islam tolak LGBT

© Utusan Melayu (M) Bhd. Sumber asal berita di sini.

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan berhubung rujukan syor untuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang harus dipatuhi oleh setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh terdekat.

Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin berkata, tumpuan cadangan kepada laporan itu lebih menjurus kepada memelihara hak-hak umat Islam di negara ini supaya PBB dapat memberi pertimbangan wajar mengikut perspektif betul berdasarkan syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Continue reading

PEMBELA: Beberapa catatan dan pembetulan fakta

Saya merasa terpanggil untuk menulis beberapa aspek tentang sejarah penubuhan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai respons terhadap beberapa tanggapan sinis terhadap gagasan tersebut. Sangat memeranjatkan apabila tanggapan sedemikian rupa datangnya daripada mereka yang mengaku sebagai aktivis gerakan Islam, dan membiarkan sikap taksub pada politik kepartian mereka menafikan peranan PEMBELA sebagai rangkaian perjuangan umat Islam di Malaysia serta gagasan murni yang melangkaui sebarang kepentingan politik kepartaian demi mempertahankan kesejahteraan aqidah umat Islam. Continue reading