Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia. Continue reading

Perkembangan terkini kes nama Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

Pada hari ini, 23.5.2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai YA Dato’ Seri Abu Samah Nordin, bersidang bersama YA Dato’ Balia Yusof Haji Wahi dan YA Dato’ Rohana Yusuf, di Istana Kehakiman, Putrajaya telah mengesahkan perintah persetujuan (consent order) terhadap permohonan perayu-perayu yang terdiri daripada enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia, (MACMA), yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu untuk menjadi pencelah (intervener) di dalam kes ini. Continue reading