Tangani Isu Rohingya dengan berkesan

Isu penderitaan minoriti umat Islam Rohingya di bawah regim Myanmar terus mendapat perhatian masyarakat sejagat, walaupun tiada usaha berkesan setakat ini yang benar-benar serius dilaksanakan oleh mana-mana pihak untuk menamatkan kesengsaraan mereka. Maklumat terbaru mengenai isu tersebut terkandung di dalam laporan mengenai Myanmar telah dibentangkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada sesi ke-69 Persidangan Agung PBB yang berlangsung di New York dari 16 September hingga 1 Oktober lalu. Laporan tersebut menimbulkan kebimbangan serius berhubung ketegangan kaum dan agama yang mengakibatkan keganasan berterusan terhadap umat Islam Rohingya. Kebimbangan tersebut timbul walaupun Ban memuji usaha kerajaan Myanmar untuk maju dengan usaha-usaha pembaharuan demokratik yang sering dilaung-laungkan para pemimpinnya. Continue reading

Kenyataan Media MuslimUPRo – Aye Maung Penjenayah Perang

4 Februari 2014 │ 4 Rabiul Akhir 1435

Lebih setahun yang lalu iaitu pada bulan Jun 2013, dua belas Pemenang Anugerah Keamanan Nobel – termasuk Ketua Biskop Desmond Tutu, Shirin Ebadi, Muhammad Yunus, Tawakkol Karman dan Jody Williams- telah menyeru penamatan segera keganasan terhadap orang Islam dan minoriti etnik lain di Myanmar. Continue reading

Hentikan segera pembersihan etnik Rohingya

Sumber terbaru media antarabangsa telah melaporkan pembunuhan tidak kurang 30 orang Rohingya beragama Islam. Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada 23 Januari, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos telah menuntut kerajaan Myanmar agar segera membenarkan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki kawasan-kawasan krisis dan menggesa penyiasatan bebas dibuat untuk mengetahui sebab pembunuhan tersebut. Manakala presiden Majlis Hak Asasi Manusia Navi Pillay pula telah menuntut penyiasatan segera dilakukan terhadap kejadian pembunuhan tersebut setelah menerima laporan yang berasas mengenai siri pembunuhan orang Islam di Du Chee Yar Tan, salah sebuah perkampungan di Rakhine yang menjadi lokasi terbesar pembunuhan beramai-rami orang Islam. Continue reading