Detik Aspirasi & Harapan NHRAP

Semenjak tahun 1950, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan 10 Disember sebagai Hari Hak Asasi Manusia, demi meningkatkan perhatian Negara-negara anggotanya terhadap Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR 1948) sebagai standard umum keberhasilan pencapaian dan komitmen hak asasi manusia untuk semua bangsa. Continue reading

Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia. Continue reading

PEMBELA: Beberapa catatan dan pembetulan fakta

Saya merasa terpanggil untuk menulis beberapa aspek tentang sejarah penubuhan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai respons terhadap beberapa tanggapan sinis terhadap gagasan tersebut. Sangat memeranjatkan apabila tanggapan sedemikian rupa datangnya daripada mereka yang mengaku sebagai aktivis gerakan Islam, dan membiarkan sikap taksub pada politik kepartian mereka menafikan peranan PEMBELA sebagai rangkaian perjuangan umat Islam di Malaysia serta gagasan murni yang melangkaui sebarang kepentingan politik kepartaian demi mempertahankan kesejahteraan aqidah umat Islam. Continue reading