Cadangan Memperkasa Akta Hasutan 1948

Seperti yang dilaporkan media pada 22 Julai 2014, bekas ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed telah menggesa agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini. Beliau berkata, pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus. Kata Tun Abdul Hamid: “Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.” Tun Abdul Hamid menegaskan bahawa usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada. Continue reading

Advertisements

Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan

[Nota] Berikut adalah Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan berhubung isu penyalahgunaan nama “Allah” yang telah diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bersempena Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-231 yang telah diadakan pada 27 Februari 2013 untuk penelitian dan titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat terkini kes nama “Allah’ di peringkat Mahkamah Rayuan, sila baca di sini. Continue reading