Penilaian Malaysia di “Universal Periodic Review” 2013

Nota Awal Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (“NGI”) kepada Sesi Konsultansi Bersama Masyarakat Madani Mengenai Penilaian Kedua Malaysia di bawah Proses Universal Periodic Review, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 28 Disember 2012

1.  Ini adalah kali pertama pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (“NGI”) secara rasmi dijemput untuk menyertai proses konsultansi bagi penyediaan laporan kebangsaan Malaysia ke “Universal Periodic Review”, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sudah tentu di dalam waktu yang sangat terhad, pihak NGI belum dapat menyelidiki secara mendalam isu-isu yang telah dibangkitkan serta syor-syor yang timbul susulan proses UPR kali pertama Malaysia pada tahun 2009. Continue reading

Advertisements