Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014

KENYATAAN MEDIA DELEGASI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (MUSLIMUPRO)

12 Mac 2014 │ 10 Jamadil Awal 1435 │ Bangi, Selangor Darul Ehsan

Kenyataan media ini dikeluarkan bersempena Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia: Cabaran Tuntutan COMANGO dan Masa Depan Malaysia, yang dianjurkan sebagai penzahiran kerjasama MuslimUPRo, Jabatan Usuludin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Seminar yang dianjurkan ini berhasrat memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam dan juga sebagai medan untuk MuslimUPRo dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) berkongsi idea dan pengalaman semasa sesi UPR dan mendapatkan respons serta pandangan arah tuju perjuangan HAM menurut perspektif Islam. Continue reading