Mensyukuri Keputusan 22 Ogos, Bersedia Menghadapi 10 September

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 23 Ogos 2013 oleh Dr. Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan antara gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes nama suci Allah SWT semalam. Mahkamah telah menolak permohonan pihak Archbishop Roman Katolik Kuala Lumpur yang cuba untuk mengenepikan rayuan pihak Kerajaan, Majlis-majlis Agama Islam dan NGO Islam terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan penggunaan nama suci Allah SWT oleh orang bukan Islam. Continue reading

Advertisements